God, When I was alone, and had nothing I asked for a friend to help me bear the pain. No one came, except God. When I needed a breath to rise, from my sleep No one could help me.. except God. When all I saw was sadness, and I needed answers No one heard me, except God. So when I'm asked.. who I give my unconditional love to? I look for no other name, except God.

Wednesday 17 August 2011

Resepi Ayam Panggang Berempah BBQ

Assalamualaikum...


Hai, tadi pagi-pagi hari lagi ayah aku dah keluar pergi pasar cari ayam. Konon katanya nak bakar ayam. Lepas je ayah aku balik dari pasar tu, mak aku pun start la main panggil-panggil aku. Nak suruh buat rempah ayam ni katanya. So, hari ni rasa macam nak share satu resepi ayam panggang berempah BBQ je ngan kau. Boleh la kalau kau nak try time boring-boring nanti ke. Kan ?


Resepi ni pun member aku yang share kat aku. Aku just tambah apa-apa yang aku rasa lagi best kalau letak bahan tu. Kitorang buat ni masa zaman kitorang lepas habis exam PMR. Time tu memang boring tahap tak ingat ah. Then, kitorang bincang-bincang nak buat BBQ just untuk geng-geng kami JE ! Kesnya sekolah kitorang pernah plan nak sembelih ayam then ayam tu buat BBQ tapi kena cancel plan tu sebab ramai student form 3 yang tak datang lepas habis PMR tu. Macam bangang je kan. Sebagai tanda tak puas hati, kitorang plan buat BBQ just untuk geng-geng kami je. Oleh kerana geng kami hanya 12 orang je, so rasa macam tak berapa nak meriah sangat. Then kitorang pun bawak la segala jenis barang yang kononya HARAM tu nak kasi fun sikit aktiviti ni. Laptop, broadband, henset dan yang sejenis yang sewaktu dengannya telah selamat kami bawak. Okay, cukuplah aku cerita kenangan pasal resepi ni.


BAHAN-BAHAN Rempah BBQ :


Bahan A :
6 ulas bawang putih atau lebih
4 ulas bawang merah atau lebih
1 inchi halia
1 inchi lengkuas (tak nak letak pun takpe)
Sedikit lada hitam. Nak lagi pedas letak lagi banyak.
** Kuantiti bahan tu boleh ikut citarasa anda


Bahan B :
1/2 teh serbuk kunyit
10 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
4 sudu sos tiram
4 sudu sos lada hitam / sos BBQ oriental (life)
Garam secukupnya.
Sedikit ajinomoto (tak nak letak pun takpe..)
** Kuantiti bahan tu boleh ikut citarasa anda


CARA-CARA :
1. Kisar semua bahan A tu sehingga hancur dan lumat.
2. Gaulkan semua bahan B tu sehingga sebati.
3. Campurkan Bahan A dan Bahan B bersama-sama dan gaulkan bersama ayam..
4. Perap ayam tersebut selama 4 jam atau lebih. Biasanya aku perap sehari semalam. Lagi lama perap lagi best !
5. Panggang ayam dalam oven atau nak panggang atas api takpe..ikut suka kau lah..dan SIAP !


Selamat mencuba ye..=)
** I'm so so so sorry sebab takde pic..langsung tak ingat nak amik pic tadi..terus makan sampai habis..haha..

4 comments:

AZLINA said...

Assalamualaikum Minn...Owh kat sini pon ada ayam panggang..Ehhh, tak aci la takde gambar. Thanks yea sudi jenguk blog akak...

Selamat Berpuasa...

Eady Minn said...

haha..lupa la nak amik pic sebelum makan..dah abis makan baru teringat..lepas ni saya nak try resepi sotong rangup bersalut tomyam akak pulak..macam best je...hehehe..

jaya jr said...

haha..klo ade buat sahur pon jadik jugak ni..tapi bakar siap2 laa..nak harap bakar sebelom sahur makan nasik lauk kicap je laa..haha

Eady Minn said...

Best je apa makan nasik lauk kicap..tapi subuh biasa kurang sikit nasik2 ni..hehe..