God, When I was alone, and had nothing I asked for a friend to help me bear the pain. No one came, except God. When I needed a breath to rise, from my sleep No one could help me.. except God. When all I saw was sadness, and I needed answers No one heard me, except God. So when I'm asked.. who I give my unconditional love to? I look for no other name, except God.

Sunday, 7 August 2011

Inikah Takdir ? [episod 1]




"Hai, nama apa ?"

"Elly." Ooo..Elly.

"Saya Kay." Kay mengukir sengih lalu menghulur tangan. Salam perkenalan. Errr...tapi melihat huluran tangan yang tak bersambut, lantas dia menarik kembali. Dah orang tak nak salam.

"Buat apa kat sini ?" Kay mencuba nasib lagi. Gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya.

"Jual ikan." Elly menjawab selamba. Dah nama pun duduk kat bus-stop. Lagi mau tanya ke buat apa kat sini. Soalan tak logik langsung. Nak mengurat tu biar la kreatif sikit.

"Errr..." Kay mati kutu. Awek ni loyar buruk la pulak. Takpe-takpe, cuba lagi.

"Rumah kat mana ?" Kay tanya lagi.

Elly dah buat muka bosan. "Ehh awak ni, banyak tanya la. Diam boleh tak." Aku dah la banyak problem. Dia pulak main edisi soal siasat. Apa muka aku ni macam muka penjenayah ke ?

"Ouhh..oooo...kay. Sorry ganggu kot. Assalamulaikum." Kay melangkah pergi. Bukan sebab dah putus asa. Tapi baru teringat yang dia ada group discussion  petang ni. Mati la aku. Mesti kaw-kaw kena dengar Ara membebel ni.

Elly pelik. Aik cepat pulak mamat ni blah. Ahh..lantak lah. Dia tak de lagi best. Aman kot dunia aku.

**************************




"Hai Kay. Awal sampai. Lagi setengah jam kot nak habis discuss." Awal-awal lagi Kay dah kena sembur dengan Ara. 

"Sorry guys. I'm late. Tadi aku lupa kunci jam ah. Pulak tu tadi jiran sebelah rumah mintak tolong." Goreng lagi la Kay.

"Ooo..sempat pulak tu tolong jiran. Sejak bila part time tolong jiran ni ? Ooo..memang la. Apa gunanya ada jiran kalau bukan untuk saling tolong-menolong kan." Pedas sindiran Ara. 

Alaaaa....marah sangat ke ni. Okay, buat tak tahu je kot. Aci ke tak ? 

"Hmm...guys, macam mana dengan projek ni ?" Kay buat tak layan dengan Ara. Hal Ara tu aku settle lepas ni. 

**********************************

1 comment:

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said...

menerima qada dan qada' tuhan seadanya ...bersabar dgn ketentuannya :)

tuhan itu lebih tahu...

excellence!