God, When I was alone, and had nothing I asked for a friend to help me bear the pain. No one came, except God. When I needed a breath to rise, from my sleep No one could help me.. except God. When all I saw was sadness, and I needed answers No one heard me, except God. So when I'm asked.. who I give my unconditional love to? I look for no other name, except God.

Monday 8 August 2011

Ada apa dengan First Impression ?

Assalamualaikum...



Hari tu aku ade kenal sorang ni. First jumpa dia, memang nampak baik gila. So, kitorang pun kawan la as a kawan. Then, lepas lama-lama kawan dengan dia tu, aku baru dapat tahu yang dia tu suka rampas kekasih orang. Ramai yang mula macam jauhkan diri dari aku bila diorang dapat tahu aku kawan dengan budak tu. And now aku tak boleh nak kata menyesal sebab dah kawan dengan dia. Sebab first impression aku kat dia dulu-dulu amatlah baik. 

Kau percaya tak dengan first impression ? Tanggapan pertama bila kau jumpa seseorang tu. ? Mesti ada tanggapan pertama kan. So, kau percaya tak dengan first impression tu ? Heh, bagi aku tak. Aku memang tak percaya. First impression bagi aku tu salah. Kalau nak tengok sekarang ni, berapa ramai yang dah tertipu dengan first impression dia. Why ? Sebab diorang mati-mati percaya dengan first impressin tu. Ramai yang....

"..laaa..aku ingatkan dia tu baik, tapi rupanya tak pun."
"...ehh..nampak selekeh macam budak street je, tapi anak orang kaya wooo.."
"...dia tu nampak alim, tapi miang dengan jantan. Aku baru je tahu tu."

Aku lebih suka orang first impression aku dengan first impression yang bad. Sebab kalau orang dah sangkakan kita ni baik, and one day dia tahu yang kita tak sebaik yang disangka, bimbang nanti dia kecewa kerana dia dah letakkan harapan yang tinggi kat kita. Harapan yang kita ni ialah seorang yang baik melalui first impression dia. Tapi, last-last kita bukanlah orang baik yang disangkakan. Tapi kalau setakat kecewa tu maybe tak kisah mana dari kena kutuk kan. Memang ada pun manusia yang jenis bila dah tertipu dengan first impression dia, then dia kutuknya pulak orang tu. Konon pura-pura la. Hipokrit la. Padahal itu salah dia yang dah nilai orang tu macam mana.



Anda that's why jangan menilai orang dari luaran je. Jangan nak pandai-pandai nak judge orang yang kau tak kenal dia tu siapa. Kenal kat sini, kenal dalam erti kata kenal. Kenal luar dan dalamnya macam mana. Bukan kenal, aku-kenal-dia-itu-siapa. Kalau kenal setakat jumpa terserempak 2-3 kali, tu bukan kenal namanya. Even kalau kau dah kenal dia tu 4-5 tahun, tapi still tak tahu dia tu jenis macam mana, jangan cakap ah kau betul-betul kenal dia. Sebab tu bagi aku kalau nak betul-betul kenal seseorang tu, aku memang ambil masa yang agak lama.

First impression tu penting..tak ke ?


Yes. Betul. Ada orang kata yang first impression tu penting sebab contohnya kau nak jumpa dengan seseorang yang belum pernah kau jumpa. Masa tu first impression sangat penting. Tapi jangan nak terlalu percaya sangat. Cara nak menilai manusia tu lain orang lain nilaian dia.

No comments: