God, When I was alone, and had nothing I asked for a friend to help me bear the pain. No one came, except God. When I needed a breath to rise, from my sleep No one could help me.. except God. When all I saw was sadness, and I needed answers No one heard me, except God. So when I'm asked.. who I give my unconditional love to? I look for no other name, except God.

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Wednesday, 28 December 2011

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah


Assalamualaikum..

Please play ----->    

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah


Dan status facebook aku pun......


P/s : Fesbuk aku kaler hijau time ni. Sekarang dah biru balik. Hehe. Sila jeles. 
Oh please, takde maksudkan ape-ape okay. Jangan nak pikir bukan-bukan. Aku just suka je lirik dia. 


Kbaii .

Monday, 26 December 2011

I've been Proposed !




I have died everyday waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more...


Okay lah, maybe dah terlambat kot aku nak post pasal vid ni. Yelah, benda ni pun dah lama kan kat facebook. Err..agak lama la jugak. Semua pakat share. Aku je tak. hewhew. :D

But seriously, aku rasa macam mamat ni baca Ked's Story ah.
"Weh, kau baca Ked's Story ke weh ? Haha."
Serius, dia buat aku teringat kat Ked Flop yang lamar Nawal guna cara macam ni. Cuma entah, aku rasa cara Ked Flop lebih romantik dan sweet dari yang ni. Betul. Serius sweet sangat. Dan Ked Flop berjaya buat aku terharu..waaa ~
Nak nangis lah. *mengada*. Tapi vid ni bagi aku biasa je kot kalau nak banding dengan cara Ked Flop. ekeke. 

Perempuan-perempuan suka letteww. Lelaki-lelaki pulak rasa tercabar. Kehkehkeh.

klik, untuk tumbesaran. :P

Aku tak tahu kenapa status facebook aku jadi macam ni. haha. 
Alah, status je pun kan. Bukan maksud ape-ape. Kihkihkih. 
Takde kena wajib kahwin ye. 

So, lelaki kalau nak lamar gf tu, bolehla guna cara ni eh. Comfirm awek cair nanti. Kot la. Sebab benda ni pun mesti ramai dah yang buat. Jadi, awek2 mesti dah rasa tak sweet lagi guna cara ni. Alah, perempuan selalu nak yang sweet2 je. :P



Monday, 21 November 2011

Cintainya Dalam Diam.


Assalamualaikum. 

Jika kau telah memilih seseorang dan bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam karena diam mu adalah salah satu bukti cintamu padanya. Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang. Kau tak mahu merosak kesucian hatinya karena diam mu memuliakan kesucian diri dan hatimu menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu…

..karena diammu bukti kesetiaanmu padanya karena mungkin saja orang yang kau cintai, adalah juga orang yang telah Allah benar-benar pilihkan untukmu…

Ingat lagi kisah Fatimah dan Ali ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah…

Karena dalam diammu tersimpan kekuatan. Kekuatan harapan, kekuatan impian, hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan dan impian itu menjadi nyata dan cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata.  Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap dan berdoa pada-Nya ?


Dan jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam. Ya, biarkan… karena Allah masih punya rencana dan ‘hadiah’ lain untukmu…

Jika dia memang bukan milikmu, melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah, dan orang yang tepat oleh Allah biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu. 

Biarkanlah jiwamu terbang bebas menjalani semua niatmu, yang penting, kita perlu berbaik sangka selalu pada Allah. Pasangan kita, adalah cerminan yang hampir mirip dengan kita…

Allah menjaga dengan menenangkan hatimu melalui zikir dan tadabbur. Cintamu pada orang yang sungguh-sungguh kau sayangi, adalah milik-Nya…

Thursday, 22 September 2011

Jodoh Itu Ditangan Tuhan

Assalamualaikum..


Play it ...  



Pada suatu hari, saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? Mak jawab, "Dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.." Mak menyambung " Cinta di dalam jalan Allah..Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak. 

Secret Admire



"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" Saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah."

"Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.."  Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." Emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak  tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." Mak menelan air liurnya. Saya diam. 

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

 "Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata." 

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

Dipetik dari : iluvislam.com 

Wednesday, 21 September 2011

Love Story


Assalamualaikum...
----> 
Lama kot tak update. Well, agak busy sekarang ni. Baru habis buat pemeran and bla bla bla. Lepas ni akan busy dengan studi lagi. Exam kot. Assignment. Dan dia. God. Cannot stand la. *sigh*
It's so easy, to think about Love, to talk about Love, to wish for Love, But it's not always easy, to recognize Love, even when we hold it.... in our hands.
It breaks your heart to see the one you love is happy with someone else, but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you, right ?? Tengok dia happy je dengan yang lain. Tapi dengan aku ? Senyum pun tak. Dowh..Macam mana nak senyum kalau dah kau tu tak pernah jumpa dia. Bangang la kau ni. So, being afraid to get close to someone laa kan..because someday they might leave you.  You never stop loving someone. You just learn to live without them !! *sebab tu ramai yang cakap, cinta pertama ni susah nak lupa kot. Tak ke ??* 

A girl never express her liking for a boy ..thinking boy should express first. And a boy never express his feelings with a fear of losing her as a friend. Thats why love stories end before they even start..kan ?? kan ?? kan ?? sooo...go for it and take risks !! Because if you don't, you'll never know what could've been....!! Tak ke ??
P/s : It's better to have loved and lost, than never to have loved at all... 

Monday, 5 September 2011

This Isn't Goodbye..

Assalamualaikum..


Tuhan...
Bila aku boleh meminta...
ku ingin tahu semua apa yang ada
di isi hatinya untukku...
semakin ku mengenalnya...
seakan aku tak bisa lepas darinya..

Tuhan....
ku pasrahkan diriku untuk menerima
semua jalan hidupku ini...
mengikut apa yang kau
tunjukkan jalan kepadaku....

"andai waktu yang melintas
aku  dapat memilih...
aku takkan pernah memilih dia..."

"this isn't goodbye....
even as i watch u leave...
this isn't goodbye...."



P/s : Saya cuma tengok awak dari jauh..saya sabar  menanti sehingga saat kita menjadi halal untuk antara satu sama lain..andai ada jodoh antara kita..=)



Sunday, 4 September 2011

7 Tahun Ku Menunggu : Andai Itu Takdir dan Ketentuannya..

Assalamualaikum..


"Semua orang memiliki jodohnya masing-masing.." (Fahri)
"Sungai Nil dan Mesir itu adalah jodoh.." (Maria)


Seronok kan kalau kita boleh jumpa dengan jodoh yang dah ditakdirkan untuk kita.



aku tak tau kenapa aku mesti sedih time tengok video ni..
mata terasa hangat je tiba-tiba..hailaa ~




“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik”. [Surah al-Nur, ayat 26]


Tapi tak semua yang kita suka tu baik untuk kita kan. Kadang kala kita perlu berkorban untuk apa yang kita suka dan sayang tu.  Awak dah jumpa jodoh awak. Awak dah ditakdirkan berjodoh dengan jodoh yang terbaik untuk awak. Saya bukan yang terbaik untuk awak. I'm not good enough for you..So, saya harus terima.








Ya Allah, seandainya telah engkau catatkan dia bukan tercipta untukku..aku terima...


Saya tau awak tak suka kalau saya terus-terus ganggu awak. Saya tak tau nak buat macam mana. Saya dah tak tahu nak usaha macam mana lagi. Kadang-kadang saya rasa macam nak give up, awak. Dan saya rasa saya patut tawakkal je dengan hanya menunggu awak. Saya hanya mampu berserah pada takdir dan...err... jodoh. 


"Kita disuruh untuk berusaha, tapi kita kena yakin bahawa atas segala usaha kita, ada kuasa yang lebih besar iaitu Allah."
"Dengan Rahmat-Mu aku memohon pertolongan.."
"Baikilah untukku, urusanku keseluruhannya.."
"Ya Allah, tolonglah uruskan urusan ini.."




P/s : "Saya bukan tak nak awak kenal saya, tapi saya takut kalau awak mainkan saya..Saya takut kalau awak tak serius nak kenal saya then, bila awak dah mula kenal saya, tahu saya ni siapa, awak akan mainkan saya.."





Friday, 2 September 2011

Cinta Itu Jatuh Dari Langit atau Jatuh Dari Hati ??

Assalamualaikum...


lontarkan,
...kalau tidak ia meracun,
kongsikan,
...walau hanya pada awan-awan..


Cinta itu jatuh dari langit atau jatuh dari hati ??


Relationship bagi aku ada satu ending je. Marriage. It's not easy for me to love, but when I do it'll be a real hardy one. Aku letak feeling aku bukan untuk trial and error.


"I'm serious, and I go for it."




"Orang yang pernah luka ni, tak mudah nak fall untuk kali kedua. Tambah pulak kalau dah set kira once and for all. Payah kalau nak terbukak pintu hati terima orang lain. Lelaki semua dianggap sama je"


"Kita belajar daripada ujian. Kita belajar daripada pengalaman. Kita belajar untuk menerima ketentuan. Kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan. Kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang. Kita belajar dari segalanya, yang kembali membawa kita kepada DIA tak kira jika belok ke utara atau selatan sekalipun." 


"Macam mana awak yakin akan penantian awak tu ? - Istikharah"






...that you're my answer to my prayer ?



P/s : The worst feeling in the world is giving all the love you have and knowing it will never be returned.

Saturday, 20 August 2011

How Can You Tell When You are in Love ? : The Heart's Checklist

Assalamualaikum...



Today I've something to share with you which is we called, the heart's checklist. 




"Oh Mom," She groaned, "I have a crush on two boys. How will I choose between them ?" She was looking for a fast, short answer in trying to understand the romantic workings of the heart.

"Oh," The mother replied. "The heart makes all decisions when it comes to matters of love. The heart knows who to choose."

"But how ?" She asked.

"In the right-hand top corner of your heart there is a little checklist of all the things you desire. When you meet someone who possesses the qualities of the things on your list for love, your soul nudges your heart, and you just know," The mother replied.

Then, the mother added the most important words of all :
"You must listen carefully to your heart.."




Do you think your heart knows what it wants-maybe even before you do ? How do you know ?


What is the checklist in your heart ? Make a list of all the qualities you would hope to fine in a boyfriend or girlfriend. Would you like that person to be funny, smart, a good listener, cute ? Be as specific as possible.