God, When I was alone, and had nothing I asked for a friend to help me bear the pain. No one came, except God. When I needed a breath to rise, from my sleep No one could help me.. except God. When all I saw was sadness, and I needed answers No one heard me, except God. So when I'm asked.. who I give my unconditional love to? I look for no other name, except God.

Thursday, 25 August 2011

KONTEST BERSAMA TENGGILING

Assalamualaikum...


Hari tu ada jumpa satu kontest kat blog jaya jr. First baca tu, rasa macam teringin la jugak nak masuk. Nampak macam best je kan. Tapi time tu tak buat keputusan lagi nak masuk ke tak. Then, bila pikir-pikir balik best jugak kalau join. Dah la tengah boring. So, terhasillah entry ni.








Dan....
.
.
.
.
.

TARAAAAAAA !!! err..







Tu, gambar abang dan kakak aku masa zaman dulu-dulu. Tengok gambar tu pun dah tau dah kan zaman bila. Aku tak ingat masa tu diorang umur berapa. Tapi yang pasti lokasinya di rumah nenek aku. Time tu kitorang satu family tinggal dulu kat rumah nenek sementara nak tunggu rumah kitorang siap.


Hadiah : Top up Rm5 x 5 orang berserta review blog..


Maklumat lanjut, sila ke blog jaya jr..


Tempoh penyertaan : 26 Ogos 2011

Saturday, 20 August 2011

How Can You Tell When You are in Love ? : The Heart's Checklist

Assalamualaikum...



Today I've something to share with you which is we called, the heart's checklist. 




"Oh Mom," She groaned, "I have a crush on two boys. How will I choose between them ?" She was looking for a fast, short answer in trying to understand the romantic workings of the heart.

"Oh," The mother replied. "The heart makes all decisions when it comes to matters of love. The heart knows who to choose."

"But how ?" She asked.

"In the right-hand top corner of your heart there is a little checklist of all the things you desire. When you meet someone who possesses the qualities of the things on your list for love, your soul nudges your heart, and you just know," The mother replied.

Then, the mother added the most important words of all :
"You must listen carefully to your heart.."




Do you think your heart knows what it wants-maybe even before you do ? How do you know ?


What is the checklist in your heart ? Make a list of all the qualities you would hope to fine in a boyfriend or girlfriend. Would you like that person to be funny, smart, a good listener, cute ? Be as specific as possible.

Friday, 19 August 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

Assalamualaikum..


Hari ni memang keje jalan kat blog orang je. Penat lah. Dah la puasa hari ni. Ececece..gaya macam tak puasa je semalam kan. Wahaha..


Then masa tengah jalan tadi jumpa lah Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah ni kat blog sorang jejaka ni. So, memandangkan blog ni baru je dibuat selepas fed up dengan blog lama dulu, maka bila difikirkan memang perlulah aku join segmen ni kan. 



Dalam segmen tu, ada dikenakan syarat penyertaan. Maka syaratnya ialah dalam entry ni kena la ada :

Nama : Eady Minn..[bukan mak bapak aku yang kasi]

Gambar Hiasan kot


Hobi : 
1. Membaca novel. Sangat-sangat suka baca novel. Jenis novel yang biasa aku suka baca novel pasal life macam novel karya Hlovate. Novel dia memang best. Lawak, santai je. Memang kena dengan jiwa. Biasanya orang yang tak suka baca novel mesti selalu anggap orang yang baca novel ni jiwang. Yes, tapi tak semua okay. Tengok la pulak jenis novel yang dibaca tu. Kalau macam aku, kurang sikit baca novel jiwang-jiwang ni. Komedi romantik aku baca. And aku more kepada novel-novel yang santai, lawak dan pasal life.

2.  Dengar lagu. Kadang tu jadi rutin sebelum tidur mesti dengar lagu ke, radio ke..[fly.fm] Sebab bagi aku macam boleh hilangkan stress lepas penat seharian belajar. 

3. Stalking people. Wahaha..ni memang aku buat tiap hari. Kadang tu rasa macam best la pulak stalk-stalk orang nih. Ada gaya macam penyiasat pun ada. 

4. Memasak. Dah nama pun perempuan kan. Macam dah jadi wajib la kalau kena masak tiap-tiap hari tu. Lagi-lagi kalau yang dah kahwin. Aku yang single ni takpe lagi kalau tak masak tiap hari pun. Tapi dah nak buat macam mana aku memang suka masak. Lagi-lagi kalau try resepi baru. Nak kata pandai masak tu tak la jugak. Tapi rasanya setakat ni takde lagi la yang mati makan masakan aku tu. Haha..

Sekian saja penceritaan mengenai hobi aku. 

*** Siapa rasa nak join, sila-sila...

Tarikh tutup penyertaan Segmen ni ialah pada : 22 Ogos 2011

Kempen "Giveaway Duet Raya 2011"

Assalamualaikum...


Penat lah blog walking hari ni. And, rasa macam nak join giveaway lagi !! 
Then jumpa lah ini.......Kempen "Giveaway Duet Raya 2011"


Klik jangan tak klik

Woooaaaa...macam syok gilaa je join ni kan. Dapat duit raya woo..Ye la..dah besar-besar macam ni mana ada orang nak kasi duit raya kan. Nak mintak segan. Tengok je la adik-adik dapat diut raya. Macam bangang je..


Nak tahu hadiahnya, boleh klik banner kat atas tu atau terjah blog ni okay..


Tarikh tutup penyertaan pada : 24 Ogos 2011

KAD RAYA + DUIT RAYA FAIRUS IBRAHIM

Assalamualaikum..


Sad lah. Tak de orang nak kasi kad raya + duit raya. Sikit-sikit budak-budak kecik je yang dapat duit raya. Yang remaja dilupakan. Kad raya pulak kononnya kata ketinggalan zaman. Kad raya la yang best ! Dapat buat kenangan apa.


Tapi tadi lepas jalan-jalan, jumpa ini...


sila klik..

Wahh..ni yang rasa excited ni. Rasa macam nak join je giveaway tu !! Manalah tau kot-kot ada rezeki ke, kan. Bulan puasa murah rezeki orang kata. So, cubalah..


Hadiah pun memang menarik dan tertarik..jom scan hadiah kat blog Fairus Ibrahim.


AWAS anda BERTIGA !!!

Korang bertiga telah ditag...
tzmlt


Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Ogos 2011

Wednesday, 17 August 2011

Resepi Ayam Panggang Berempah BBQ

Assalamualaikum...


Hai, tadi pagi-pagi hari lagi ayah aku dah keluar pergi pasar cari ayam. Konon katanya nak bakar ayam. Lepas je ayah aku balik dari pasar tu, mak aku pun start la main panggil-panggil aku. Nak suruh buat rempah ayam ni katanya. So, hari ni rasa macam nak share satu resepi ayam panggang berempah BBQ je ngan kau. Boleh la kalau kau nak try time boring-boring nanti ke. Kan ?


Resepi ni pun member aku yang share kat aku. Aku just tambah apa-apa yang aku rasa lagi best kalau letak bahan tu. Kitorang buat ni masa zaman kitorang lepas habis exam PMR. Time tu memang boring tahap tak ingat ah. Then, kitorang bincang-bincang nak buat BBQ just untuk geng-geng kami JE ! Kesnya sekolah kitorang pernah plan nak sembelih ayam then ayam tu buat BBQ tapi kena cancel plan tu sebab ramai student form 3 yang tak datang lepas habis PMR tu. Macam bangang je kan. Sebagai tanda tak puas hati, kitorang plan buat BBQ just untuk geng-geng kami je. Oleh kerana geng kami hanya 12 orang je, so rasa macam tak berapa nak meriah sangat. Then kitorang pun bawak la segala jenis barang yang kononya HARAM tu nak kasi fun sikit aktiviti ni. Laptop, broadband, henset dan yang sejenis yang sewaktu dengannya telah selamat kami bawak. Okay, cukuplah aku cerita kenangan pasal resepi ni.


BAHAN-BAHAN Rempah BBQ :


Bahan A :
6 ulas bawang putih atau lebih
4 ulas bawang merah atau lebih
1 inchi halia
1 inchi lengkuas (tak nak letak pun takpe)
Sedikit lada hitam. Nak lagi pedas letak lagi banyak.
** Kuantiti bahan tu boleh ikut citarasa anda


Bahan B :
1/2 teh serbuk kunyit
10 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
4 sudu sos tiram
4 sudu sos lada hitam / sos BBQ oriental (life)
Garam secukupnya.
Sedikit ajinomoto (tak nak letak pun takpe..)
** Kuantiti bahan tu boleh ikut citarasa anda


CARA-CARA :
1. Kisar semua bahan A tu sehingga hancur dan lumat.
2. Gaulkan semua bahan B tu sehingga sebati.
3. Campurkan Bahan A dan Bahan B bersama-sama dan gaulkan bersama ayam..
4. Perap ayam tersebut selama 4 jam atau lebih. Biasanya aku perap sehari semalam. Lagi lama perap lagi best !
5. Panggang ayam dalam oven atau nak panggang atas api takpe..ikut suka kau lah..dan SIAP !


Selamat mencuba ye..=)
** I'm so so so sorry sebab takde pic..langsung tak ingat nak amik pic tadi..terus makan sampai habis..haha..

Iklan-Iklan Hari Raya di TV

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya..Wah wah..semangat nak raya nampak. Padahal puasa baru je separuh. Heheh. Macam mana orang tak semangat nak raya kalau dah TV duk sibuk tayang iklan raya yang macam-macam jenis. Radio pulak sibuk duk pasang lagu-lagu raya. Kaum ibu-ibu pulak sibuk duk berlailatu-kamdar. Macam-macam ragam kan manusia ni.*Terasa*

Well, sebut pasal iklan-iklan hari raya ni kan teringat la pulak iklan-iklan masa kecik dulu-dulu. Macam-macam jenis. Iklan yang sedih-sedih-berairmata, yang lawak-lawak-tahap-tak-ingat pun ada.

Jom layan video-video kat bawah ni.


yang ni pasal keselamatan di jalan raya semasa menaiki kereta versi lawak.


Angah, kan mak dah kata naik bas lagi selamat. TENGOK !!


Haaa..yang ni aku suka. Rasa macam teringat la pulak masa zaman kecik-kecik dulu main-main macam ni. Best dowh...


Haha..macam lawak je tengok iklan ni. Lawak-lawak tapi ade pengajaran. 


yang ni pun best je. mamat baju merah tu sweet kan. hehehe.

Tuesday, 16 August 2011

What Do You Think About Me ? Do You Accept Me as I Am ??

Assalamualaikum...

Hye ! Wassup berasap man ? Lama gila la kan tak update blog..Haha. Hari ni baru dapat balik so, balik je dari hostel tadi terus je bukak blog. Konon rindu la tu. Haha.


Well, dalam dunia ni semua orang tak perfect kan. But, everyone wants to be perfect in every way. Nak jadi perfect tu memang gila la susah,. Macam mana tak susah kalau dah asyik nak puaskan hati orang lain je. Orang ni cakap kau akan perfect kalau jadi macam ni. Orang tu pulak cakap jadi macam tu tak perfect. Dah tu macam mana. Nama pun manusia kan, banyak ragam dan karenah. Semua orang tahu nak terima orang yang perfect je. Kadang-kadang tu risau jugak takut-takut kalau orang kat luar sana tak boleh nak terima diri kita yang tak perfect ni kan coz everyone wants to feel accepted by others. Semua orang nak diri dia diterima oleh orang lain.

What do you think about me ? Do you accept me as I am ?
It's only natural to want to be liked and accepted by others. Though we may not always ask aloud, we are always wondering :

"..Do you think I'm okay ?"
"....Do you like the way I look ?"
"..Do you approve me of how I look ? "
"....Do you like me ?"
"...Do you accept me as I am ?"
"..Do you like the way I dress ?"
"....Will you stick by me in good times and bad ?"
"..Will you be my friend-always ?"

We want the answer to each of these questions to be an enthusiastic "YES !!" when others like us and accept us, we feel valued like we are terrific person. And that's a good feeling.

Even though we may want to feel accepted by others, it doesn't always work out that way. Sometimes this doesn't bother us, but most of the time, especially if their approval is important to us, we feel rejected, hurt or left out. It's only natural to feel this way.


Tuesday, 9 August 2011

Re: Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang seksi?

Assalamualaikum dan salam ramadan.


Entry ni adalah reply kepada entry why lelaki suka suruh girlfriend dia tutup aurat tapi dia pergi menggatal dengan awek yang seksi. di blog Mr. Kay yang sangat-sangat suka mengutuk perempuan. Haha. Entry dia yang tu rasa macam agak menarik untuk dikomen. So, takkan ah nak komen panjang-panjang kat ruang komen tu kan. And aku buat la entry ni.


Dan ini ialah e-mail dalam entry tu. Jom baca. 


Hi Mr K,
I have few questions to ask you.
So, here's the story. I had a boyfriend, we were together for almost three years and we eventually broke up, last year. Itu pun sebab ada third party and my ex is a jerk anyway. Biasa la lelaki kan pandai berlakon. 
Kitorang belajar dekat US masa mula-mula kenal and became official and then he decided untuk quit medicine dekat US, and continue dekat Malaysia. He convinced me to go back with him, so I did. -.-" So, kitorang sambung dekat UM, took the same course, same class, same everything. First year and second year, semua okay, happy, fireworks, bahagia. Semua lah. *rolling eyes* 
Then masa early part 4, ada one extender, girl masuk kelas kitorang. Pretty, blonde malay girl. Memang HOT. Then, i noticed few differences dekat my ex-boyfriend. Dia selalu penat, mengantuk, pastu selalu tertidur dalam kelas. BUT, he never neglected me, setiap hari study sama-sama, lunch, dinner sama-sama. Emotionally, he didn't change. We were still happy, all lovey dovey. So one day, i ternampak marks dekat his neck, macam lovebite so asked him, kenapa macam ada lovebite dekat tengkuk dia, and dia jawab "Kena gigit serangga" so i believed him. (Rupanya serangga tu rambut blonde) 
Then comes Ramadhan few weeks later, hati I macam rasa lain eventhough he didn't change a bit. I felt different like something is wrong with my ex. One day, tiba-tiba dia bagi gift and I can see the guilt from his face but I don't know why. Strange. So, i prayed and mintak Allah tunjukkan apa yang I tak nampak selama ni. and guess what, during the second week of Ramadhan, dia kantoi. 
As usual we went to berbuka and straight to Masjid for Tarawikh together, but suddenly he became sooo quiet; muka dia macam sedih, bersalah pun ada, serabutt sangat padahal baru je lepas solat. I dah pelik. Then he sent me back to my hostel, and then my roommates tell me everything. 
My ex-boyfriend dah keluar dengan that blonde girl for almost a month. Dia selalu penat and ngantuk masa dalam kelas sebab dia kena spend time with both girls. Lepas dia hantar I balik, dia pick up that girl. Vice versa. siang dengan I, malam dengan that girl. Me and her duduk sama-sama hostel. Just Imagine. That guy got some balls to do that. 
Semua orang in my class pun dah tau except me. I was devastated, bayangkan semua orang in my class have to keep it from me for almost a month sebab dorang tak sampai hati nak cerita dekat i. I was crushed, but i felt relieved somehow. Macam Allah answered my prayer, Subhanallah. So, i texted him and tell him that i want to end our relationship and as expected, he agrees with everything. He said sorry, but I don't think he mean it. And the lovebite i saw, it was her, my classmate. 
And it ended right there, I tak pernah confront perempuan tu, I didn't talk to my ex-boyfriend after that because I just feel like it's not worth it, not worth fighting and now, I'm so glad i did that, I did nothing. 
So, Mr K,
1. Kenapa ada sesetengah lelaki, yang taknak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan, fed up, muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else?
2.What can i do to banish him completely from my mind?
3.How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu, do such things as check in into hotel, ringan-ringan, geli-geli dan bermacam2 lagi?
4. Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?

Macam menyayat hati la jugak kan email dia tu. Ohh..sesungguhnya aku sedang berpuasa hari ni. 
Ini komen aku pasal e-mail kat atas. Aku pun tak nak komen panjang-panjang sangat sebab lepas ni pun Mr. Kay akan komen balik pasal email tu kat blog dia. 


Well, nak salahkan lelaki tu 100% pun tak boleh jugak kan. Sebab aku tak rasa la yang tu adalah salah lelaki tu. Dia manusia dan memang takkan lari la dari buat silap macam tu kan. 

1. Kenapa ada sesetengah lelaki, yang tak nak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan, fed up, muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else?

Maybe sebab dia dah tahu yang girlfriend dia memang takkan boleh terima apa yang dia nak bagi tau tu. Mungkin jugak girlfriend dia akan buat perkara di luar jangkaan bila dia dapat tahu tu sebab dia tak dapat nak terima hakikat yang boyfriend dia tu dah bosan, fed up, muak dengan dia. Well, girls sangat emo dalam hal-hal macam ni kan.

2.What can i do to banish him completely from my mind?



You never just forget him. You either still love him or you never did. Rasanya kau pun dah pernah dengar macam-macam quotes pasal ni kan.


"It takes a minute to like someone, an hour to love someone, but a lifetime to forget someone."
 
"The first time you fall in love, it changes your life forever. No matter how hard you try the feeling never goes away.."

So rasanya, cara paling okay bagi aku kau cari yang lain je lah. Tu je kot cara nak lupakan si dia. And kita sebagai orang Islam, sebaiknya kembali kepada pencipta kita. Mungkin ni ujian untuk kau. Allah nak uji setakat mana Iman kau. Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang tepat yang dah ditakdirkan untuk kita. Orang yang untuk kita cintai tepat pada masanya.


3.How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu, do such things as check in into hotel, ringan-ringan, geli-geli dan bermacam2 lagi?

Well, macam yang aku cakap kat atas tadi. Tak semestinya orang yang tak pakai tudung tu tak solat. Okay, maybe solat tak sempurna ke, kan.

4. Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?







Kenapa boyfriend susah-susah suruh girlfriend dia tutup aurat tu semua ? Sebab memang dah jadi tanggungjawab kan, tanggungjawab sesama Islam saling tegur menegur. So, kiranya boyfriend dia tu tengah melaksanakan tanggungjawab dia sebagai seorang yang Islam untuk tegur girlfriend dia yang tak tutup aurat tu supaya pakai baju yang menutup aurat, bukan yang membungkus aurat. Tapi kan, tak semestinya kalau boyfriend kau tegur suruh kau tutup aurat tu semua, tu bermakna dia tu nak buat kau bini. Maybe dia just anggap dia tegur kau tu sebab dia rasa dia memang patut tegur kau. Boyfriend dia tak salah. Kan ? What ? Boyfriend dia pun buat benda-benda love bite tu ? So what ? Ingat walaupun dia buat benda-benda tu semua dia tak ade hak untuk nak tegur orang ke ? Benda ni sama la dengan orang yang tak bertudung, tapi solat.
And kenapa dia ( boyfriend ) pergi menggatal dengan awek yang free hair dan seksi ? Come on lah. Awek seksi tu semua buat mainan je lah. Nak buat mainan ni memang lah kena awek yang free hair, dan seksi okay.


Monday, 8 August 2011

Ada apa dengan First Impression ?

Assalamualaikum...



Hari tu aku ade kenal sorang ni. First jumpa dia, memang nampak baik gila. So, kitorang pun kawan la as a kawan. Then, lepas lama-lama kawan dengan dia tu, aku baru dapat tahu yang dia tu suka rampas kekasih orang. Ramai yang mula macam jauhkan diri dari aku bila diorang dapat tahu aku kawan dengan budak tu. And now aku tak boleh nak kata menyesal sebab dah kawan dengan dia. Sebab first impression aku kat dia dulu-dulu amatlah baik. 

Kau percaya tak dengan first impression ? Tanggapan pertama bila kau jumpa seseorang tu. ? Mesti ada tanggapan pertama kan. So, kau percaya tak dengan first impression tu ? Heh, bagi aku tak. Aku memang tak percaya. First impression bagi aku tu salah. Kalau nak tengok sekarang ni, berapa ramai yang dah tertipu dengan first impression dia. Why ? Sebab diorang mati-mati percaya dengan first impressin tu. Ramai yang....

"..laaa..aku ingatkan dia tu baik, tapi rupanya tak pun."
"...ehh..nampak selekeh macam budak street je, tapi anak orang kaya wooo.."
"...dia tu nampak alim, tapi miang dengan jantan. Aku baru je tahu tu."

Aku lebih suka orang first impression aku dengan first impression yang bad. Sebab kalau orang dah sangkakan kita ni baik, and one day dia tahu yang kita tak sebaik yang disangka, bimbang nanti dia kecewa kerana dia dah letakkan harapan yang tinggi kat kita. Harapan yang kita ni ialah seorang yang baik melalui first impression dia. Tapi, last-last kita bukanlah orang baik yang disangkakan. Tapi kalau setakat kecewa tu maybe tak kisah mana dari kena kutuk kan. Memang ada pun manusia yang jenis bila dah tertipu dengan first impression dia, then dia kutuknya pulak orang tu. Konon pura-pura la. Hipokrit la. Padahal itu salah dia yang dah nilai orang tu macam mana.



Anda that's why jangan menilai orang dari luaran je. Jangan nak pandai-pandai nak judge orang yang kau tak kenal dia tu siapa. Kenal kat sini, kenal dalam erti kata kenal. Kenal luar dan dalamnya macam mana. Bukan kenal, aku-kenal-dia-itu-siapa. Kalau kenal setakat jumpa terserempak 2-3 kali, tu bukan kenal namanya. Even kalau kau dah kenal dia tu 4-5 tahun, tapi still tak tahu dia tu jenis macam mana, jangan cakap ah kau betul-betul kenal dia. Sebab tu bagi aku kalau nak betul-betul kenal seseorang tu, aku memang ambil masa yang agak lama.

First impression tu penting..tak ke ?


Yes. Betul. Ada orang kata yang first impression tu penting sebab contohnya kau nak jumpa dengan seseorang yang belum pernah kau jumpa. Masa tu first impression sangat penting. Tapi jangan nak terlalu percaya sangat. Cara nak menilai manusia tu lain orang lain nilaian dia.

Sunday, 7 August 2011

Inikah Takdir ? [episod 1]




"Hai, nama apa ?"

"Elly." Ooo..Elly.

"Saya Kay." Kay mengukir sengih lalu menghulur tangan. Salam perkenalan. Errr...tapi melihat huluran tangan yang tak bersambut, lantas dia menarik kembali. Dah orang tak nak salam.

"Buat apa kat sini ?" Kay mencuba nasib lagi. Gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya.

"Jual ikan." Elly menjawab selamba. Dah nama pun duduk kat bus-stop. Lagi mau tanya ke buat apa kat sini. Soalan tak logik langsung. Nak mengurat tu biar la kreatif sikit.

"Errr..." Kay mati kutu. Awek ni loyar buruk la pulak. Takpe-takpe, cuba lagi.

"Rumah kat mana ?" Kay tanya lagi.

Elly dah buat muka bosan. "Ehh awak ni, banyak tanya la. Diam boleh tak." Aku dah la banyak problem. Dia pulak main edisi soal siasat. Apa muka aku ni macam muka penjenayah ke ?

"Ouhh..oooo...kay. Sorry ganggu kot. Assalamulaikum." Kay melangkah pergi. Bukan sebab dah putus asa. Tapi baru teringat yang dia ada group discussion  petang ni. Mati la aku. Mesti kaw-kaw kena dengar Ara membebel ni.

Elly pelik. Aik cepat pulak mamat ni blah. Ahh..lantak lah. Dia tak de lagi best. Aman kot dunia aku.

**************************




"Hai Kay. Awal sampai. Lagi setengah jam kot nak habis discuss." Awal-awal lagi Kay dah kena sembur dengan Ara. 

"Sorry guys. I'm late. Tadi aku lupa kunci jam ah. Pulak tu tadi jiran sebelah rumah mintak tolong." Goreng lagi la Kay.

"Ooo..sempat pulak tu tolong jiran. Sejak bila part time tolong jiran ni ? Ooo..memang la. Apa gunanya ada jiran kalau bukan untuk saling tolong-menolong kan." Pedas sindiran Ara. 

Alaaaa....marah sangat ke ni. Okay, buat tak tahu je kot. Aci ke tak ? 

"Hmm...guys, macam mana dengan projek ni ?" Kay buat tak layan dengan Ara. Hal Ara tu aku settle lepas ni. 

**********************************