Hari ni memang keje jalan kat blog orang je. Penat lah. Dah la puasa hari ni. Ececece..gaya macam tak puasa je semalam kan. Wahaha..
Then masa tengah jalan tadi jumpa lah Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah ni kat blog sorang jejaka ni. So, memandangkan blog ni baru je dibuat selepas fed up dengan blog lama dulu, maka bila difikirkan memang perlulah aku join segmen ni kan.
Dalam segmen tu, ada dikenakan syarat penyertaan. Maka syaratnya ialah dalam entry ni kena la ada :
Nama : Eady Minn..[bukan mak bapak aku yang kasi]
Gambar Hiasan kot |
Hobi :
1. Membaca novel. Sangat-sangat suka baca novel. Jenis novel yang biasa aku suka baca novel pasal life macam novel karya Hlovate. Novel dia memang best. Lawak, santai je. Memang kena dengan jiwa. Biasanya orang yang tak suka baca novel mesti selalu anggap orang yang baca novel ni jiwang. Yes, tapi tak semua okay. Tengok la pulak jenis novel yang dibaca tu. Kalau macam aku, kurang sikit baca novel jiwang-jiwang ni. Komedi romantik aku baca. And aku more kepada novel-novel yang santai, lawak dan pasal life.
2. Dengar lagu. Kadang tu jadi rutin sebelum tidur mesti dengar lagu ke, radio ke..[fly.fm] Sebab bagi aku macam boleh hilangkan stress lepas penat seharian belajar.
3. Stalking people. Wahaha..ni memang aku buat tiap hari. Kadang tu rasa macam best la pulak stalk-stalk orang nih. Ada gaya macam penyiasat pun ada.
4. Memasak. Dah nama pun perempuan kan. Macam dah jadi wajib la kalau kena masak tiap-tiap hari tu. Lagi-lagi kalau yang dah kahwin. Aku yang single ni takpe lagi kalau tak masak tiap hari pun. Tapi dah nak buat macam mana aku memang suka masak. Lagi-lagi kalau try resepi baru. Nak kata pandai masak tu tak la jugak. Tapi rasanya setakat ni takde lagi la yang mati makan masakan aku tu. Haha..
Sekian saja penceritaan mengenai hobi aku.
*** Siapa rasa nak join, sila-sila...
Tarikh tutup penyertaan Segmen ni ialah pada : 22 Ogos 2011
3 comments:
bace novel.. bestt ! :)
kan..jom la share hobi sama2..suke baca novel hlovate tak ?
damn , lepas tengok no 4 baru aku tau kau perempuan . haha . btw , nice lah kan baca novel . baru berkembang otak . haaa , hobi kita sama , baca novel n stalk org . hahaha
Post a Comment